Dengarkan kisahku... .
Dengarkan,
tetapi jangan menaruh belas kasihan padaku
kerana belas kasihan menyebabkan kelemahan, padahal aku masih
tegar dalam penderitaanku..
Jika kita mencintai,
cinta kita bukan dari diri kita, juga bukan untuk diri kita.
Jika kita bergembira,
kegembiraan kita bukan berada dalam diri kita, tapi dalam Hidup
itu sendiri.
Jika kita menderita,
kesakitan kita tidak terletak pada luka kita, tapi dalam hati
nurani alam.
Jangan kau anggap bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang
lama atau rayuan yang terus menerus.
Cinta adalah tunas pesona jiwa,
dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat,
ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan dari generasi ke
generasi.
Wanita yang menghiasi tingkah lakunya dengan keindahan jiwa dan
raga adalah sebuah kebenaran,
yang terbuka namun rahsia;
ia hanya dapat difahami melalui cinta,
hanya dapat disentuh dengan kebaikan;
dan ketika kita mencuba untuk menggambarkannya ia menghilang bagai
segumpal uap.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar